Aku dapat info ni dari email tadi. Dari Forwarded message. Bacalah dan sebar-sebarkanlah, okeh.🙂

Assalammualaikum…
Forwarded by a friend. Moga kita ambil ikhtibar.

> Assalamualaikum, I feel its a good to relay to everyone kisah benar
> yang saya lalui.
>
> Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya
untuk
> sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih
> dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak
> waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang
> tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke
surau.
> Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya
> sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau
> cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris ( speaking landong lagi) yang
> agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
> tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan
saya
> supaya pegang betul-betul juga.
>
> Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya
> pegangnya betul-betul.
>
> Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
> sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan
> jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh
> surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul
untuk
> kita, kata pak cik.
>
> Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti
> ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat
> baik tapi tak ikhlas.
>
> Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit.
> Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
> sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya,
> anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu.
> Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau
> belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada
> surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia
akan
> bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu,
> untukku agamaku’. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap
ada
> satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti
ada

> tiga kekuatan.
>
> Pertama, kekuatan minda
> Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu,
termasuk
> ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan
> sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
>
> Kedua, kekuatan hati
> Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya
> betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.
> Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda
> kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh
> rosakkan iman, kata pak cik.
>
> Ketiga, kuat fizikal
> Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
> minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan
> tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang,
> katanya.
>
> Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
> minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau
tersebut.
> Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau
berpesan
> agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya
> sampaikan. Terpulang kepada anda untuk menerima nya atau tidak.

Hamba Allah…