Assalamualaikumwarahmatullah…

Dear greeniac, tinggal lagi 7 hari untuk aku prepare for the MUET this 30 April.

Tadi keluar temankan syazana.. mula-mula pegi JPJ, ambil lesen mak dia.., pastu kitorang turun Summit BP.. sebab dia nak beli buku MUET untuk buat persediaan..
Sementara nak tunggu dia beli buku MUET, aku saje tengok-tengok apa ada kat dalam POPULAR BOOKSTORE tu.. capai sampul surat, bekas untuk letak cd, dan sketch book (untuk aku lukis-lukis, bila beremosi)..

Then, ntah apa-apa lagik la yang aku beli, macam tak masuk akal je, hehe.. ye lar.. syazana yang kluar, ajak aku.. pastu aku pulak yang banyak beli barang.. ini tidak adil.. huhu..

Sampai je rumah, ajak mak sama-sama tengok barang yang dibeli tadi.. .

Keratan perbualan dengan mak tadi :-

Aku : Mak.. ina taktau siapa sebenarnya kawan baik ina.. yang betul-betul sincere.. Awin jauh.. kat perak.. sukar untuk ina hubungi..Mak, macammana kalau mak pergi.. waktu ina belum tamat study? ina nak mengadu pada siapa? ..
Ina taknak hidup menumpang, ina rela hidup dengan izan (adikku).. ina tak sanggup terima mak angkat, atau ayah angkat.. tak siapa pun boleh ganti mak ngan abah.. tak siapa pun kat dunia ni sama seperti mak ngan abah.. ina taknak mak………..

Air mata dah mcm hujan je.. hujan renyai-renyai.. bila masuk bab ni, aku memang tak mampu tanggung, melainkan nangis..

Mak pegang tangan aku… mak tenangkan aku..

Mak : Mak kan ada… ina.. mak akan ada waktu ina masih study ni, Allah akan panjangkan umur mak.. insya-Allah.. semua ni ujian, ina.. .. Allah tu MAHA KAYA.. MAHA ADIL.. dia takkan ambil kedua-duanya serentak.. ina kena ambil ini sebagai ujian Allah.. Mak akan ada di sisi ina, jadi teman ina..

Aku pun tak pasti, macammana bleh timbul bab ni, apa pun.. aku perlu terima hakikat, bila waktunya tiba.. andai aku ditakdirkan begitu..

Semua manusia pun akan rasai saat kematian..

Semua manusia pun akan menghadapi – ditinggalkan buat selama-lamanya oleh orang tersayang…

Malam tadi, baru kutahu, mak beritahu, Allahyarham abah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal… tarikh itu, adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ..

Ya Allah… Kau golongkanlah abahku di dalam golongan orang-orang yang beriman..
Kau panjangkanlah umur ibuku..
Agar dapat sama-sama aku kecapi kebahagiaan dengannya..
Result aku tak kluar lagi..
Malah aku kena usaha dengan lebih kuat lagi.. gembirakan hati mak..

Mak.. tahap kesabaranmu kusanjungi..
Mak.. tiada siapa yang dapat gantikan tempatmu..
Mak.. jangan tinggalkan ina dulu ye.. ina nak mak teman ina, sampai ina berjaya..

p/s: when my mom gone, what will i do.. what will happen to me…..