Yey!!
The examination was end!! Alhamdulillah..🙂

Aku keluar awal dari dewan peperiksaan tadi. Sikit punya lama nak tunggu sampai pukul 12.00tghari.. tepat pukul 11.27, aku terus angkat tangan dan keluar dari dewan exam.. phew.. yey!! abis dah exam.. berjaya jugak aku tempuh keempat-empat subjek .. alhamdulillah..

Kaki melangkah longlai ke bilik 146, masih ada lagi barang yang perlu dikemas, untuk dibawa pulang. Berkali-kali ida ulang.. az… sedihnya.. sedihnya.. aku jawab ” janganlah sedih dulu.. sedih la masa aku nak balik nanti..” ..sebelum turun ke bawah, aku jumpa semua rakanku di wing mawar.. aku seperti tiada perasaan masa tu.. mungkin hati ini terlampau girang untuk pulang ke rumah, dan celebrate the last paper.. rasa lega sangat sampai takde rasa sedih langsung.. tapi ida… dari semalam dia rasa sedih… hehe.. apa la aku ni.. hati ni, keras sangat mungkin. .atau sejak dari semalam hati aku beku:sebab nak ambik exam pagi esoknya, tapi. .dah lepas exam ni pun.. still takde rasa sedih.. tak normal ke aku ni?

Then.. lepas salam diorang, aku turun.. huhu.. ingatkan takde sape mengiringi aku. ada juga kawan yang sudi mengiringi pemergianku. .. ntah akan kembali ke segamat semula lagi, ataupun tak.. aku pun tak pasti.. hati ini kuat mengatakan yang aku takkan sambung lagi study kat segamat, mungkin jika ditawarkan nanti, pengajianku di tempat lain.. Insya-Allah..

Ida, Nona, Isma, Aisyah, Ernie, Lydia, dan Enny ada mengiringiku. Hati aku terharu, ingatkan diri ini memang tiada nilai di mata kawan.. tiada nilai di hati mereka, meleset sangkaanku.. Aku sebak.. tapi masih belum rasa sedih, jadi air mata tak terluak masa tu.. peluk rakan baikku isma, pun takde perasaan.. bila peluk ida.. dia terus nangis.. tapi hanya air matanya sahaja yang bertakung.. dia tak mampu cakap apa-apa.. aku pun terkedu.. ida.. semoga ktia sama-sama berjaya ya.. walaupun di bidang yang berlainan, di tempat yang berbeza, di tanah yang berbeza.. “Thank you.. thank you thank you..” .. itu trade mark ida.. suka benar dia dengan lagu NUMB UNCORE tu..

Masuk dalam kereta.. perjalanan nak keluar.. hati aku masih keras lagi.. uish.. kebal jugak hati ni.. ego sangat agaknya.. emak pulak yang nangis.. huhu… taktau apa yang dia fikirkan.. tapi aku faham…

Tak lama lepas tu, semasa dalam perjalanan untuk meninggalkan kota segamat.. baru aku rasa sebak. tiba-tiba aku rasa sebak sangat… aku sedih sangat.. lepas ni, mesti susah untuk aku jumpa roomate sebaik mereka.. yang tak pernah buat aku fed-up untuk teruskan hidup di sana.. mereka segalanya buatku..

UiTM Segamat.. walaupun namaku tak tercatit pada mana-mana dinding kebanggaanmu..
Namun pada hakikatnya.. kau garapkan satu kenangan buatku..
Di dalam rongga-ronggamu wahai UiTM Segamat..

UiTM Segamat..
Tempat pertama aku jejakkan kaki.. untuk mengenali dunia luar..
Mengenali pelbagai jenis manusia..
Mengenali pelbagai jenis kawan.. pelbagai tujuan..
Ikhlas atau tak.. itu adalah rahsiaMu ya Allah..
walau kawan pernah berkata “aku ikhlas berkawan dengan kau”.. tapi tak semestinya dia benar-benar ikhlas… ya Allah..
Aku terima ujian ini..

UiTM Segamat..
Kuharungi hidup di situ..
tanpa keluargaku di sisi.. berbekalkan ketabahan serta dibawah lindunganMu ya Allah..
Peringkat pertama.. untuk aku jejakkan kaki ke peringkat yang seterusnya..

Aku akur dengan perpisahanku dan sahabat-sahabatku yang lain..
Bertemu dan berpisah kerana Allah..

Agar kita berjumpa lagi.. dengan keadaan yang diredhaiMu..

Ilalliqa` ..