Assalamualaikum…
hehe.. best best dan best…
aku dah lama tak belek http://www.shukur.org/mambo … dekat 2,3 minggu rasanya..
dan baru ni tadi belek..
hehe.. best.. doa ni dah lama tul aku mencari , sekarang ni la baru jumpa..
harap kita sama-sama dpt praktikkan dan renungkan..

doa buat kekeasih

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah….

Seandainya telah Engkau catatkan….
Dia milikku tercipta buatku….
Satukanlah hatinya dengan hatiku….
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi….
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi….
Seiringkanlah kami melayari hidup ini….
Ketepian yang sejahtera dan abadi….
Maka jodohkanlah kami….
Tetapi ya Allah….

Seandainya telah Engkau takdirkan ….
Dia bukan milikku….
Bawalah dia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah dia dari ingatanku….
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan….
Menolak bayangannya jauh ke dada langit….
Hilang bersama senja yang merah….
Agarku sentiasa tenang….
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan….
Adalah yang terbaik untuk ku…
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui….
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini….
Ya Allah…..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku….
Di dunia dan di akhirat….
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian….
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran….
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman….
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai….
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah….
Ya Allah…..

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka….
AMIN…AMIN…AMIN…. Ya rabbal ‘aalamiin…

best kan? kan? kan?😉