Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
-
Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
Enggan tinggal serumah dengan suami.
Keluar rumah tanpa keizinan suami.
Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
Menjauhkan diri daripada suami.
Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
Tidak memelihara kehormatan.
Tidak menjaga amanah suami.
Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
-
Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
Tidak memberikan nafkah kepada anak.
Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
Tidak memelihara kehormatan isteri.
Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan
*Credits to fustaq
fath
30/05/2006
awat kena log in dulu kalau nak comment…..
azlina
05/06/2006
saje je
hoho~
memang nak paksa orang register wordpress.com
hoho~
Iammex
15/02/2008
apa daa
iesya
24/02/2008
apa yg bleh kita buat dlm ni ya?
ayda
16/11/2008
Thks info yg baik
Nasrul Makdis
25/04/2009
Saya mohon pengertian nusyuz dengan sederhana dan contihnya
syuhada
22/07/2009
salam..
sy ada satu persoalan.
klu suami meninggalkan isterinya lebih drpd 4bln,isteri boleh minta fasakh dimahkamah.Tapi kalau isteri yg meninggalkan suami,apa tindakan suami terhadap isterinya pula? Di sini saya kemukan satu situasi yang berkaitan. Pasangan ni kahwin dah 9 thn. Tp mereka hidup bersama hanya utk tempoh 2 thn shj. Selepas itu si isteri nak tinggal dgn familynya di Perak atas alasan ibunya sakit. Sedangkan terdapat saudara maranya yg terdekat tinggal di kampung itu juga. Si suami tidak mengizinkan kerana tiada siapa yang akan mengurus kehidupannya di KL. Perkara ini sudah berlanjutan hingga ke hari ini. Pada pandangan anda, mcm mana nak selesaikan masalah ini?
0x1A4
20/08/2009
cam ramai ja laki bini skrg ada sipa2 ni
orangsusah
27/09/2009
saya ade seorang isteri yang selalu marah..adakah ini pun dikatakan nusyuz??
CHAifa ChaiRun NisHa
20/04/2010
My Opinion :
Qita tinjau Kembali aPa alsan Istri Itu selalu marah, Mungkin karena gak cukup nafkah atO alasan yang lainnya, kalau marah di karenakan hal yang demikian, Bole2 saja istri itu marah (taPie Jangan Berlebihan La Bu’) dan kalau misalnya selalu marah yang gak menentu (gak da masalah pun marah, berarti Dia Dah Termasuk NusYuz Walaupun Tidak Sepenuhnya NusYuz,,
Tu MenuRut Saya, (he he he Anak Baru Gede)
ThankQ,,
azlina
02/07/2010
mat
10/02/2010
salam..bleh x bg stu ke dua cntoh istri nusyuz tuk kmi muatkn dlam tugasan.. artikel..
azlina
02/07/2010
contoh, isteri asyik tergedik-gedik nak marah-marah tanpa sebab. kalau rasa tak happy, lebih baik terus-terang.
apa pun kita buat, biarlah berpada.
haha. saya main bagi je contoh ni. huhu. rasa macam dah terlewat balas komen awak ni.
suamimu
20/03/2010
18 februari 2010
02:10 am
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
2:10 am
Isteriku yang tercinta….
Malam ini entah mengapa mataku tak dapat ke lelapkan. Kenangan hari ini sungguh pedih untuk dikenangkan. Lantas aku cuba membuat catatan ini, biar Cuma sebagai bahan tawamu, sindiran atau apa saja…. Tetapi harapanku biar ada juga sedikit yang akan menyentuh dinding hatimu…bahawa inilah bicaraku, …suamimu yang cuba meringkaskan rasa hati ini agar kelihatan jelas kegelisahan menjadi bening, jiwa yang gemuruh, kacau, sedih dan segala macam akan semoga ‘ bergembira dan berbahagialah…’
2:15 am
Isteri ku yang tercinta…
…teringatku saat ini, di rumah bujang Sk Selancar 2, bertemankan sebuah radio dan beberapa keping gambarmu yang tak pernah jemu ku tatap… segala kata-kata, harapan indah untuk membina istana bersamamu, walau detik hati berkata aku sebenarnya tidak mampu menangani masalah yang kini menjelma…wang untuk membahagiakan !! Tetapi isteriku yang tercinta, inginku kongsikan hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Rasullullah s.a.w bersabda :
‘barang siapa yang hidup tenang dilingkungannya,
Sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya,
Maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya
Telah di peruntukkan untuknya’.
… tapi adakah kita ingat, lihat dan sedar lalu jauh sekali untuk mensyukurinya.
2.25 am
Isteriku yang semoga dirahmati…
…ingatlah! Ada lagi saudara kita lebih gelisah tidur atau belum tidur atau juga sudah bangun tidur semata-mata untuk mencukupi keperluan sehari lagi esok yang mungkin hari terakhirnya….lantas segera keduanya khusyuk sekali menguli tepung, memarut kelapa, memotong daun pisang semata-mata mencari rezeki halal untuk sehari sahaja. Gigihnya mereka!! Semoga Allah murahkan rezeki dan damai dan tenanglah hidup mereka…Amin !
2.30 am
Isteriku yang semoga dirahmati olehNya…
…ada juga saudara kita yang belum tidur… memikirkan bila zuriatnya tiba, lantas ku teringat waris kita yang 5 itu.
Ku perhatikan seorang demi seorang….
Semuanya kuharap diulit mimpi indah….
…..sedang leka ditaman-taman syurga bersama buaiannya..
…sedang kejap ingatan atas segala didikan guru…atau..
…sedang damai di belay malaikat penjaga rahmat dan kesihatannya.
Roh mereka semoga damai di atas sana atau ke mana sahaja keluarnya.
…tapi isteriku yang dicintai…
…sebelum tidur tadi, mereka sebenarnya lapar..,dahaga..,haus…
Ku bancuhkan dua kali susu untuk Insyirah Nur Batrisyia..
Sebotol milo untuk masing-masing Muhammad Faris Islah dan Nadhratul Iman.
Anak lelaki yang sulong itu meminta mee magi dengan nada yang rendah dan mengharap …tetapi di sanggah oleh kakaknya.., Fildzah Nabilah…semacam amat memahami aku. Sememangnya dan semoga dia akan memahamiku.
……..ayah sayang kamu semua..anak-anakku…
Itulah anak-anak kita , wahai isteriku yang dicintai..
Kalau itu baju tidurnya tika berusia 5 tahun, masih mahu dipakai kala usia 10 tahun…memang mustahil kan? Tapi kenapa masih mahu di pakai…? Miskin benarlah ayahnya itu…
Yang lain pula hanya menyarung baju abang yang masih elok…tapi dah 4 atau 5 tahun usia baju itu…, kakaknya kini mampu menyarung bajumu wahai isteriku yang dicintai… itulah kemampuanku…
…maaf anak-anakku…, pada ayahmu yang selalu salah percaturan, selalu keliru dalam kehidupan, selalu tersalah langkah untuk ke hadapan, selalu tertinggal oleh dunia….
…maafkan aku isteriku,…mungkin juga koleksi baju-bajumu tidak sebanyak saudaramu itu, atau juga iparmu itu…aku suamimu tidak berharta, ibu bapaku miskin, mana ada yang ditinggalkan untuk digadaikan..untuk direbutkan…
Yang ada itu..sebenarnya amanah ke atas bahuku untuk cucunya..waris gemulah ayahanda Hj Mohamad.
…hasbunallah wa ni’ mal wakil
(cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung)
3.00 am
Isteriku semoga diampunkan…
… 2 kali kau usulkan agar dilepaskan..
… 2 kali kau ugut untuk mengikut syaitan….
… dan berkali-kali hinaan untuk ku daripada pelbagai sudut kehidupan..
Tapi aku percaya…
“ Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan,
rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan
dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya”.
Aku pasrah pada Allah kerana aku percaya pertolongan Tuhan ketika hambanya mendekatkan diri kepadaNya.
…tapi aku selalu lalai…
…aku mudah lipa..
… aku lupa… pisang tak berbuah dua kali…
…aku mudah ditipu!!!
Isteriku yang semoga diampunkan…
“ketika Tuhan menampakkan pengawasannya
Terhadapmu..
Maka tidurlah
Kerna setiap peristiwa yang terjadi
Akan membawa ketenteraman bagimu.
3:10 am
Isteriku yang di segani ramai….
…maafkan aku atas segala bicara di dalam Exora siang tadi…
..berlatar belakabgkan al Mathurat….
Itulah yang mampu aku lontarkan.. kerana lisanku tak selancar kamu
…mungkin aku mudah kelu…
Antara lain, ku ingatkan kalau kamu boleh hebat..tip-top dan segala kecemerlangan lain di sekolah…kenapa tidak di rumah
Kalau disekolah ramai memuji…minta-minta semoga ikhlas..
Tetapi di rumah tak banyak suara memuji, jarang jua berterima kasih..
Lantas mungkin itu, kamu bosan untuk berurusan rumah tangga, bosan beriadah bersama, bosan,,bosan..bosan..
…tapi isteriku yang suka dipuji…
Ingatlha bahawa suamimu ini sentiasa bersyukur dan mendoakan isteri dan anak-anak menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa…bukan beerti aku kedekut…
…mungkin kamu senang sangat dipuji… tapi awas itu semua perangkap syaitan yang sememangnya tahu kelemahan manusia. Itu juga yang digunakan oleh manusia yang bertopengkan SYAITAN !!!
…untuk itu isteriku…
“janganlah bercita-cita menjadi terkanal
Kerna akibatnya adalah kesusahan, kesedihan dan kegelisahan…
Kesusahan – untuk mempertahankan…, kerana berapa lama sekuntum bunga mampun mewangi…
Kesedihan – bila semua perbuatan tiada nawaitu..kerna Allah
Kegelisahan – bila tiada ucapan pujian lagi….
Perkara-perkara ini sebenarnya mengotori jernihnya jiwa…
………mengganggu keteguhan dan ketenangan…
Isteriku yang moga disedarkan…
Barang siapa yang tidak ingin dirinya dikenal
Bererti dia telah menghidupkan jiwa
Dan membahagiskannya
Dia tidak melewati harinya
Dalam keadaan lapar dan gelisah
Sesungguhnya angina ketika bertiup dengan kencangnya
Yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja.
…semoga Allah kuatkan imanku
…semoga Allah jadikan aku seperti pohon itu.
…dan janganlah jadikan aku bara api …
Yang disebut oleh orang tuaku itu (tiada kebenaran ; hanya disampaikan)
..kerana aku takut hilang pertimbangan
Kerana aku takut hilang kewarasan
…tapi aku tahu ibuku…
Yang sentiasa amanah, jujur dan benar dalam berkata-kata..
Memang perkara yang benar susah diterima..
Mana satu menantu yang mampu dengar…walaupun benar..
Mana satu menantu yang tahan dengan suaranya yang jujur dan benar itu…
Ibuku itu… bukan insane yang
“MESTI MENANGKAN ANAK”
KERANA KALAU JAHAT…MESTI KATA JAHAT
KALAU TAK BETUL…MESTI KATA TAK BETUL!
3.40 am
Isteriku…dengarlah..!
Aku sebenarnya rindu pada ibu
Aku rindu untuk mendengar tutur katanya biar sepanjang hari…
Aku rindu menatapnya untuk setiap saat
Aku rindu untuk dekat dengannya
Aku rindu untuk membantu tika sakit demamnya
Aku rindu dengar bicara nya biar untuk kesekelian kalinya.
…hari ini, aku jadi gila sebab…aku lupa ibu buat seketika..
Aku jadi gila…bila kamu semudahnya menggunakan ibu untuk menghentam aku..
Aku jadi gila, bila kamu sewenangnya menafsirkan kata-kata ibu menghina aku…
Soalnya… berapa lama kamu kenal ibuku…
… berapa banyak kasih sayang kamu curahkan padanya
Jawapannya…
… ibuku belum kenal siapa kamu
… darahnya ada padaku. Dia kenal anaknya..lebih dari kamu..ingatlah!
DIA TAHU
DIA RASA
DIA PEKA
… pada penderitaan, kegelisahan dan segala macam pada diriku…
4.00 am
azlina
02/07/2010
semoga diri awak dan isteri bahagia sentiasa. walau awak rindu pada bonda awak, cakaplah dengan terus-terang pada isteri. isteri tentu faham. tak elok simpan sendiri perasaan ni. nanti goyah rumah tangga. eloklah awak terus-terang dengan isteri dengan cara berhemah, ok. good luck!
suami juga
13/08/2010
Assalamualaikum,
Saya baru je terjumpa blog ni & terusik dengan coretan hati saudara kerana saya pun mengalami keadaan yang sama. Sebagai seorang suami, saya faham sangat keadaan dan penderitaan saudara. Saya yakin saudara pasti seorang suami yang penyayang dan penyabar.
Memang benar, sekiranya kita sebagai suami ingin mengikutkan keegoan kita pasti akan memberi kata dua kepada isteri kita yang gemar menuduh, menghina bukan sahaja suami malah mengeluarkan kata2 hina terhadap ahli keluarga suami bagi mencela suami.
Namun, kita bukanlah suami yang sebegitu…..
Sebaliknya setiap kali bila kita rasa gelisah dan hampa dengan perbuatan dan kata2 isteri, kita akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Selalu ingatkan kepada diri kita bahawa kebahagian di dunia yang fana ini bukanlah yang hakiki, yang lebih utama ialah mendapat kebahagian di akhirat kelak dan juga mendapat keredaan Allah di dunia.
Marilah kita sama2 pengambil iktibar dari kisah Nabi Nuh dan Nabi Luth yang mana sentiasa mendapat tentangan dan penghinaan dari isteri2 mereka yang Allah janjikan azab pembalasan….
Saya pasti ramai lagi suami diluar sana yang menghadapi masalah yang sama. Ini semua adalah ketentuan Allah dan tanda2 yang kita ni berada di akhir zaman.
Bagi yang sedar, marilah kita sama2 bersabar, berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga keluarga yang kita sayangi ini sama2 dapat menjadi tetamu syurga yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka mereka yang bertakwa. Amin…..
putri aurora mujahadah
09/04/2010
Assalamu’alaykum warohmatullah wabarrakatuh ..
alangkah baiknya apabila Kerja dual pihak belajar apa itu yg namanya sholeh
Apa itu yg namanya sholehah..
Insya’allah Setelah paham Dn d terapkan dalam rumahtangga akan tentram Dn damai dunia akhirat Insya’allah .. Ma salammah..
azlina
02/07/2010
insya-Allah. terima kasih atas input.